
Pasir Mas
30 November 2009

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik ataupun diam (sahaja)” HR Bukhari & MuslimBerkata Yang Baik, Atau Diam Sahaja
Qurban adalah ibadah gotong-royong.Alhamdulillah... hari ni dapat join aktiviti qurban di kampung. Aktiviti rutin setiap kali Raya Qurban.
Biasanya, setiap kali Raya Qurban, abah akan book dua bahagian lembu. Samada untuk abah sendiri atau pass kat anak-anak.
Tapi tahun ni, abah book empat bahagian. Dua bahagian di kampung kami, dan dua bahagian lagi di rumah Ayah Lah (pakcik saya) di Kg. Kasa, Pasir Mas. Satu bahagian abah pass pada saya, satu untuk Noni (adik saya), dan dua lagi untuk Fauzan (adik ipar saya) untuk aqiqah anaknya yang baru lepas 40 hari.
Aqad jual beli dibuat sebelum acara menyembelih.Hari ni, saya in-charge di kampung jer sebab dekat dengan rumah. Senang nak ulang-alik bawa anak-anak tengok lembu! Fauzan in-charge di Kg. Kasa. Abah pun join qurban di Kasa sebab abah kena jadi tukang sembelih.
Dan memang rutin setiap kali Raya Qurban, abah dijemput jadi tukang sembelih. Kekadang tu, sampai 5 – 6 ekor lembu sekali. Tapi anak-anak abah, setakat ni belum ada sorang pun lagi yang ada bakat jadi penyembelih! Seekor ayam pun tak pernah sembelih… He3x…
Profesional. Tak sampai 5 minit lembu dah rebah. 3 orang jer yang buat kerja rebahkan lembu.Kemeriahan Raya Qurban Di Kelantan
Di Kelantan, saya rasa Raya Qurban lebih meriah berbanding Raya Puasa. Yang memeriahkan Raya Qurban ialah aktiviti gotong-royong ibadah qurban. Dan ibadah qurban sebenarnya memang ibadah 'gotong-royong' (berjemaah). Tak boleh buat sorang-sorang.
Menurut Ustaz Faisal, masa kuliah pasal Qurban haritu katanya, Nabi S.A.W suruh para sahabat yang akan laksanakan ibadah qurban supaya tambat kambing (yang bakal dikorbankan) depan rumah. Mesejnya, supaya orang lain tahu kita akan laksanakan ibadah qurban!
Ish, macam nak menunjuk-nunjuk la pulak?
Gotong royong melapah dan agihkan daging korban kepada 7 bahagian.Tiada Persoalan Riya’
Yer, memang kena ‘menunjuk-nunjuk’ dalam ibadah jam'ieyyah (berjemaah). Ia berlainan dengan ibadah yang berbentuk fardi (sendiri-sendiri). Ibadah jam'ieyyah adalah syiar (lambang) Islam. Ia tak perlu disorok-sorok. Dan persoalan riya' atau tidak memang tak relevan untuk ibadah ini.
Menurut Ustaz, kalau zaman sekarang, memang kita tak boleh tambat kambing/ lembu depan rumah. Nanti kecoh la pulak satu taman (perumahan). Tapi tulis la nama jelas-jelas kat senarai orang yang akan sertai qurban di whiteboard surau. Jangan tulis "Hamba Allah"... Kerana mewar-warkan itu adalah sunnah.
Hah... bahagian ni saya surrender... fear factor! Nak bersihkan perut lembu tu bukan mudah. Mungkin kawan kita ni layak masuk program realiti Fear Factor!Kelompok Qurban di Kampung
Jadi, pagi tadi kami bergotong-royong. Yang tak qurban pun datang tolong-tolong.
Di Kelantan, biasanya aktiviti qurban di uruskan oleh tuan lembu. Dalam satu kampung, mungkin ada 5 atau 6 kumpulan qurban. Aktiviti qurban biasanya tak dibuat di surau atau masjid sebagaimana di KL dan Selangor. Tapi buat di rumah tuan lembu.
Biasanya, satu tuan, ada 1 hingga 3 ekor lembu yang dijual untuk dikorbankan.
Gotong Royong Ibadah Qurban
Program qurban ni tak ada AJK sebagaimana di KL. AJKnya terdiri daripada peserta (pembeli) dan ahli keluarga mereka yang sertai qurban. Pakat-pakat bergotong royong bermula dari merebahkan lembu, hinggalah di agih-agihkan kepada peserta qurban.
Dan akhir sekali, tuan rumah akan buat sedikit jamuan makan tengahari untuk ‘AJK’.
Hafiz (adik saya) tolong timbang dan asingkan hasil korban kepada 7 bahagian.Masakan Jamuan Makan Tengahari
Makan tengahari tu sebenarnya adalah ‘sumbangan’ para peserta. Sebaik sahaja aktiviti melapah bermula, biasanya sebahagian daging diambil dan di dihantarkan ke dapur untuk di masak secara bergotong-royong oleh kaum wanita.
Lepas penat-penat bergotong-royong, semua akan nikmati jamuan makan tengahari sebelum bawa balik bahagian masing-masing. Wah… masakannya memang best!
Lauk tradisi ialah daging goreng, daging singgang, perut muda rebus, budu dan sambal… huh… memang jelira (selera)!
Agihan Terus Tanpa Orang Tengah
Kalau di KL, agihan dibuat oleh AJK hinggakan penerima daging qurban tak kenal pun sapa peserta qurban.
Tapi di Kelantan, agihan dibuat oleh peserta qurban sendiri. Daging qurban tu akan dibawa balik ke rumah 100%. Kemudian barulah dibungkus dalam bungkusan kecil untuk diagihkan sendiri dari rumah ke rumah oleh peserta.
Hikmahnya, ia akan mengukuhkan silaturrahim dan ukhuwah antara peserta qurban dan penerima daging qurban sebab peserta bagi direct by hand, tanpa menggunakan orang tengah…
Rugi Tak Balik Raya Qurban
Musim Raya Qurban ni, biasanya ramai la yang buat makan-makan. Yang banyaknya ialah kenduri aqiqah.
Walaupun ramai yang tak rasa Raya Qurban ni satu perayaan yang besar (berbanding Raya Puasa), tapi saya, isteri dan anak-anak akan rasa ‘kehilangan’ sesuatu kalau tak balik Raya Qurban.
Setakat ni, cuma sekali jer tak balik beraya. Tak silapnya dalam 4 tahun lepas. Masa tu, memang benar-benar rasa rugi dan menyesal tak balik raya. Keseronokkan berkumpul sesama keluarga dan bergotong-royong memang tak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit…
Zulkifli
Pasir Mas
27 November 2009
10 Zulhijjah 1430
"Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat (nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [An-Nur 24: 22]
"Sesiapa yang nak umurnya panjang, rezekinya murah, dielak daripada mati yang mengaibkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahim"
Boleh jadi MP3 Player.
Boleh terus pindah data ke PC, guna USB port.
Dia bagi sekali Rechargable Battery AAA, boleh caj terus kat PC guna USB port.
Storage capacity 1GB. Kalau rakam guna format MP3 128mhz, boleh rakam hingga 17 jam. Biasanya nak guna sekejap jer. Untuk rekod kuliah/ kelas lebih kurang sejam ke tiga jam jer. Bila balik rumah terus pindah data ke PC.
Pakej: Recorder, Earphone, 1 Rechargeable Battery (AAA), Ext. USB Cable, Externai Mic.
Saya beli yang 1GB, harga RM399. Kalau yang 2GB, harganya RM469. Tapi fikir-fikir, tak perlu yang besar sangat sebab data dia senang nak pindah/ simpan ke PC.
.jpg)
Tertahan godaan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat (pandangan Ibn Qayyim); dan
Tertahan dari memohon syafa'at kepada kedua ibubapanya selagi belum di aqiqahkan (pandangan Al-Laith).
Saya disini sekadar berkongsi apa yang saya faham tentang ibadah qurban dan aqiqah. Untuk mendapat ilmu yang lebih sahih, rujuklah para alim ulama. Ini cuma perkongsian sesama teman tentang sedikit sebanyak yang saya tahu.

"Janganlah bertengkar dalam apa juga perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa kebaikan" - Asy-Syahid Hassan Al-Banna
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" [Al-Qasas 28:56]
[Foto rehlah tahun lalu; "Rehlah Keluarga Pemuda Damai 2008"]

Wallahu a'lam.
Artikel berkaitan: Jom Pergi Haji!